WaveApps Software Akaun Perniagaan Percuma

Best Products

Moneyback guarantee within 30 days

Secured Shopping

We use the best security features

Lifetime Support

Support via online or offline method

Image result for join affiliate button

WaveApps Software Akaun Perniagaan Percuma

Posted by admin 15/09/2014 2 Comment(s) Panduan Umum,

Jika anda mempunyai perniagaan kecil dan sedang berusaha gigih untuk membangunkan perniagaan anda, anda masih tidak dapat lari dari mempunyai rekod / data aliran wang masuk dan keluar yang tepat dan sistematik. Ini memerlukan anda untuk menguasai ilmu berkaitan accounting. Tapi bagaimana anda tiada sedikit pun kefahaman mengenai accounting? Anda pening nak buat accounting files anda dalam Excel?  Nak upah accountant luar, pasti  upah nya tinggi dan anda tak mampu lagi?

 

Jangan bimbang lagi. Kini anda boleh mempunyai Software Accounting untuk syarikat anda sendiri secara percuma. Ya.. 100% Percuma tanpa apa-apa bayaran atau cas tersembunyi.

 

WAVE APPS SOFTWARE AKAUN PERNIAGAAN PERCUMA UNTUK PERNIAGAAN KECIL

Hanya dengan langkah-langkah yang mudah dan cepat, kini anda sudah memiliki sebuah sofware accounting yang bagi kami yang tiada apa-apa basic mengenai akaun ini, software ini sangat membantu dan memudahkan saya untuk mengemaskini setiap sen yang keluar masuk ke dalam akaun semasa saya. Sepanjang pengunaan Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma, boleh saya kata kan hampir tiada masalah untuk memahami dan update setiap transaksi keluar dan masuk syarikat saya. Jadi, saya amat recommend kan untuk anda yang masih tercari-cari software accounting tu.

 

Apa yang best dengan Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma ini adalah :-

1. PENDAFTARAN MUDAH – Hanya perlu kan nama,email dan beberapa maklumat anda, kini anda sudah pun mempunyai kemudahan software akaun perniagaan percuma anda. Semudah 1,2,3

 

2. LENGKAP –  Walaupun ia percuma,namun software ini memberikan anda pengalaman seperti software yang mahal di luar sana. Jika anda tidak mempunyai asas pengetahuan mengenai akaun,tak perlu risau. Anda akan dapat memahami bagaimana software ini berfungsi dengan cepat. Jika anda lihat di bahagian ‘Dashboard’ Waveapps ini, anda tentu akan faham dengan setiap graf dan terma nya. Ia memudahkan anda dengan menganalisa rekod transaksi anda dan memberi rumusan dengan pada paparan graf. Jadi , anda lebih jelas tentang kesihatan wang syarikat anda.

dashboard waveapps

 

3. LINK KE AKAUN BANK – Untuk memudahkan anda, pihak Waveapps menawarkan anda untuk menghubungkan software ini terus dengan akaun bank anda.Anda boleh connect dengan bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB, RHB, dan lain-lain lagi. Jangan risau berkenaan sekuriti akaun bank dan wang di dalam bank anda kerana software ini hanya akan memaparkan transaksi keluar masuk wang di dalam akaun anda sahaja. Anda tidak boleh untuk melakukan apa-apa transaksi seperti pemindahan wang,pembayaran bil, pembayaran invois atau apa pun jenis transaksi bank. Waveapps hanya di benarkan untuk memaparkan transaksi sahaja bukan untuk melakukan transaksi.Sila faham betul-betul . Sepanjang penggunaan saya selama lebih 1 tahun ini, alhamdulillah, tiada 1 sen pun yang di ragui keluar dari akaun bank saya.

connect

 

4. KATEGORI TRANSAKSI – Dengan Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percumaini, anda boleh mengkategorikan setiap transaksi anda kepada beberapa kategori yang akan memudahkan anda untuk mengetahui ke mana arah aliran wang anda sama ada lebih kepada perbelanjaan peribadi, atau sewa kedai yang tinggi atau bil utiliti yang terlalu tinggi.Ini memudahkan anda untuk memeriksa tahap kesihatan syarikat anda.

add-cat

 

5. SIMPAN RESIT – Resit sangat penting dalam accounting yang akan di jadikan sebagai bukti transaksi syarikat anda. Tapi masalah kita adalah, mungkin kita simpan resit,tetapi bila tiba waktu untuk audit, resit tersebut hilang ataupun tulisan nya yang dah pudar / hilang. Jadi, dengan Waveapps ,anda boleh terus scan atau ambil gambar resit dan terus upload ke software ini untuk rekod rujukan anda di masa akan datang. Resit fizikal juga anda perlu simpan seperti biasa yer. Bagi saya, saya lebih suka untuk simpan rekod resit ke dalam Waveapps ini. Tak perlu pening bila tiba waktu audit nanti.

4-verify

Anda boleh muat naik resit anda melalui PC ataupun Smartphones melalui Apps “Receipts by Wave” – Dapatkan apps ini di Google Play Store atau Apps Store anda.

 

6. INVOIS – Dengan Waveapps juga, anda boleh menghasilkan invois kepada pelanggan dengan lebih profesional dan sistematik.Ini akan menambahkan keyakinan pelanggan kepada perniagaan anda. Invois ini juga anda di link dengan dashboard anda.Jika pelanggan telah membayar amaun seperti di dalam invois anda, Waveapps akan merekod kan pembayaran menerusi transaksi di akaun bank anda.

7. GAJI – Jika anda bos dan ada beberapa staff di bawah anda, fungsi “Payroll” di Waveapps ini akan membantu anda semasa pembayaran gaji staff anda. Ia akan merekod kan dan terus di masukkan ke dashboard anda sebagai “Payroll” dan anda boleh semak jumlah pembayaran gaji mengikut bulanan.

 

Jadi, Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma ini adalah software yang bukan hanya percuma, tetapi lebih lengkap untuk pernigaan kecil yang memerlukan satu software accounting yang terbaik dan mudah di fahami. Tiada yuran bulanan mahupun tahunan di kenakan kepada anda. 100% PERCUMA.

Daftar akaun Waveapps anda sekarang !!

You can read more business tips at JomBiz.my