Cara Buat Like Marketing Untuk Fanpage Anda

Best Products

Moneyback guarantee within 30 days

Secured Shopping

We use the best security features

Lifetime Support

Support via online or offline method

Image result for join affiliate button

Cara Buat Like Marketing Untuk Fanpage Anda

Posted by jombiz 17/10/2016 0 Comment(s)

Masih tidak tahu bagaimana cara bina fans di page anda?

Kali ini saya nak terangkan bagaimana membina iklan untuk tarik like ke fanpage anda.

Lepas ini takde lagi alasan mengapa like ataupun fans di page anda sikit je! Ikuti tutorial cara buat like marketing untuk fanpage anda seperti di bawah ya..!

Jom kita mulakan…

 

1) Klik pada butang atas paling kanan di FB Profile anda dan pilih “Create Ads” atau boleh sahaja taip address ini di browser anda.

1

 

2) Apabila keluar paparan seperti ini, Pilih ‘Promote your Page’. Iklan ini bertujuan untuk tarik‘Like’ sahaja.

2

 

3) Selepas itu pilih ‘Page’ yang anda ingin tingkatkan likes ataupun yang anda ingin fokus kepada pembinaan ‘Fans’.

3

 

4) Namakan Campaign, dan kemudian klik ‘Set Audience & Budget’ apabila selesai.

4

 

5) Masukkan maklumat audiens yang anda ingin sasarkan utk lihat iklan Like anda ini. Anda juga boleh lihat ‘Potential Reach’, iaitu jumlah anggaran audiens yang telah anda pilih berdasarkan maklumat audiens yang telah anda isi.

5

 

6) Tetapkan budget yang anda ingin belanjakan untuk iklan ini. Kemudian namakan Ad Set, dan klik butang Choose Ad Creative.

6

 

7) Untuk iklan tarik Like, anda boleh gunakan gambar ataupun video. Pilih salah satu..

Kemudian, tuliskan ayat iklan untuk tarik Like. Tips untuk iklan tarik Like –  masukkan ayat CTA (Call-to-Action) seperti “Sila LIKE…”, “LIKE sekarang..”.

Pilih placement yang anda mahu iklan ini dipaparkan. Sama ada ‘Desktop’‘Mobile’, ataupun‘Desktop Right Column’. Tips – Sebaiknya, jika anda baru hendak bermula, gunakan paparan‘Mobile’ sahaja dulu. Remove placement yang lain.

Klik ‘Review Order’.

7

 

8) Paparan ini akan muncul selepas ‘Review Order’. Letakkan ‘Ad Name’ atau nama iklan untuk rujukan anda. Semak butiran iklan anda sebelum klik ‘Place Order’.

8

SELESAI!

- credit to : sifufbads

You can read more business tips at JomBiz.my